Monday, October 4, 2021

Jersi away ajax kena Banned(dilarang untuk digunakan) ?

 

Jersi ketiga “larangan”  Ajax Amsterdam 2021-2022 yang diilhamkan oleh Bob Marley telah memberi impak besar kepada peminat. Jersi hitam ‘v’neck  itu dipadankan garisan dengan  warna merah, hijau, dan kuning pada bahu dan lengan  iaitu warna yang sinonim kepercayaan Rastafari dan salah satu penganutnya yang paling terkenal, pemuzik reggae Bob Marley.



Yang menarik perhatian kebanyakan orang adalah dibahagian kolar jersi tersebut terdapat tiga burung yang duduk dengan elegan di lambang Ajax Amsterdam.Sudah tentu, ini merujuk kepada lagu "Three Little Birds" terkenal artis Jamaica.


Baju tersebut walaubagaimanapun dilarang penggunaannya oleh UEFA. Logo Three Little Birds didapati melanggar garis panduan syarikat mengenai apa yang mungkin dan tidak dapat ditunjukkan.Menurut peraturan UEFA, "zon kolar" hanya dapat menampilkan "pengenalan pasukan" dan tidak ada logo penaja atau entiti luar selain dari entiti pasukan.

Badan pengawasan bola sepak Eropah tidak menganggap penerimaan peminat Ajax dan artis Reggae 1977  tersebut mempunyai hubungan yang cukup kuat untuk dianggap sebagai identiti pasukan.

Namun  'larangan UEFA' tersebut hanyalah sementara  setelah penyokong Ajax telah mengesan reka bentuk Three Little Birds tidak wujud semasa penampilan jersi  tersebut dalam kemenangan 2-0 ke atas PEC Zwolle baru-baru ini.

Sebelum cerita Three Little Birds muncul, profesional pemasaran dan perhubungan awam memuji jersi itu. "Ini baju untuk peminat yang memanfaatkan komuniti, semangat, dan mempromosikan kebersamaan pada saat kita sangat memerlukannya," kata Ross Hopcraft, pengarah urusan The Studio di pejabat Hill + Knowlton Strategies 'London.


Nk dapatkan Ajax Jersey Third 3rd 21/22 Grade: AAA Men Football Jersey Ajax Soccer Jersey KLAASSEN NERES IDRISSI HALLER  klik dibawah ini ya!!

 https://c.lazada.com.my/t/c.YTTtSw

Saturday, October 2, 2021

Cadangan untuk kelantan fc

Admin akui admin memang fan kelantan fc tetapi ada beberapa aspek yang boleh dinaiktaraf untuk masa hadapan atau Masa yang terdekat. Ini hanya cadangan Dari peminat bola sepak khususnya kelantan fc seperti admin.


  • Menarik kembali penonton datang ke stadium dengan mengadakan acara khas semasa separuh Masa perlawanan bola sepak , contohnya cabutan tiket bertuah atau sepakan penalti. Dengan adanya acara khas seperti ini dapat merapatkan hubungan Dan perhargaaan pada peminat dengan kelab sekaligus dapat perkenalkan lagi barangan penaja kepada peminat. 
  • Meluaskan penggunaan kad ahli tahunan Trw, bukan sahaja memberi diskaun barangan penaja Dan jersi original kepada peminat, pemegang kad juga boleh  digunakan untuk acara lain seperti potongan harga untuk siaran langsung secara online Dan mendaftarkan anak peminat untuk akademi kelab bola sepak.
  • Mempelbagaikan merchandise untuk peminat, antara cadangan admin ialah majalah bulanan atau mingguan serta away Dan 3rd jersi yang lebih murah kepada peminat.
Itu antara cadangan kecil Dari admin untuk kelantan fc ,diharap boleh dipertimbangkan dan semoga stadium dan peminat kembali meriah seperti musim 2009-2012 dahulu. Dulu sukoo dulu...heheeehe

Fakta mengenai kelantan FA

Kali ini admin nak flashback balik tentang pasukan tempat kelahiran admin dan admin tetap jadi fan selamanya..Kelantan  

  • Mula ditubuhkan pada 1946 namun sejarah bola sepak kelantan ini bermula pada tahun 1889 
  • Stadium baru Kelantan FC akan dibina di Bukit Merbau Pasir Putih, berkapasiti 65,000 menjadikan ia sebagai stadim ke 3 terbesar di Malaysia
  • Coach Kelantan FC, Peter James Butler merupakan bekas pemain West Ham united dan West Bromvich Albion
  • Pada musim 2008-2009, Kelantan melakar rekod unbeaten digelanggang mereka, namun kalah kepada KL Plus 3-0 setelah kontroversi melibatkan tempat lawan
  • Pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar merupakan bekas pemenang kasut emas bagi AFC Cup 2007 dimana dia menjaringkan lima gol
  • Kelantan merupakan pasukan yang mempunyai penajaan terbanyak iaitu 8 penaja. Umbro, Kool, Al-Hamra Group, Yusmira Trading, Sinar Harian, TRW Station, MASTERSKILL College dan Happy Prepaid
  • Pasukan ini mempunyai purata kehadiran penonton yang paling tinggi iaitu 20,109 orang bagi setiap perlawanan
  • Gaji termahal pemain pasukan Kelantan adalah Norshahrul Idlan Talaha, dimana gajinya mencapai RM21,000
  • Kelantan akan bersaing di dalam pasukan H bersama Ayeyawady United (Myanmar), Arema Indonesia (Indonesia) dan Navibank saigon (Vietnam) dalam kejohanan AFC CUP 2012 bersama Terengganu FC
  • Pasukan Kelantan satu-satunya pasukan bola sepak Malaysia yang tersenarai di dalam Top 400 pasukan terbaik dunia di mana ranking pasukan ini adalah 317, berkongsi tempat dengan RACING SANTENDAR dari Sepanyol

Terima kasih kepada:

http://qhashidinzkivanruzlee.blogspot.com