Wednesday, January 19, 2022

PRAMUSIM 2022 : TRW KELANTAN FC [1-0] SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN (SAINS) FC

Pada 18 januari 2022 iaitu pada cuti umum Thaipusam, satu perlawanan persahabatan antara pasukan TRW Kelantan FC menentang KSR Sains FC dari Liga M3 telahpun  diadakan , perlawanan itu berakhir dengan keputusan 1-0.
Perlawanan yang diadakan di Padang USIM, Nilai secara tertutup tanpa kehadiran penonton atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.


Pada separuh masa pertama, skuad The Red Warriors dibarisi oleh Solehin (GK), Arip Amiruddin, Khairul Helmi, Adam Nadzmi, Adam Malique, Jasmir Mehat, Nurshamil, Fazrul Amir, Muhaimin Izudin, Mathias Mansor dan Shyamierul.
Sambung babak kedua, barisan kejurulatihan membuat pertukaran beberapa pemain dan berjaya menghasilkan jaringan pada minit ke-73 oleh pemain tengah, Syed Sobri.


Perlawanan ini  hanya membariskan 70 % sahaja skuad dan masih belum disertai pemain-pemain import  dan pemain utama , skuad The Red Warriors ini masih mempunyai beberapa perlawanan persahabatan sebelum saingan sebenar bermula pada 5 Mac 2022 nanti.